Kebaikannya

Untukmu

Pengeluaran

Tahi ayam kami adalah dari ayam-ayam yang digunakan untuk produksi telur yang bernilai khasiat tinggi. Jadi, makanan yang diberi kepada ayam-ayam ini adalah makanan bermutu tinggi. Oleh itu tahi ayam ini bukan tahi ayam sebarangan. Ia sudah memperolehi mutu tertentu sebelum diproses.

Teknologi Jepun

Dalam proses kompos atau pengeringan tahi ayam mentah, kami mengunakan mesin Jepun yang berteknologi terkini. Dengan suhu 60 darjah celcius, kuman-kuman akan dimusnahkan, dan seterusnya baja ini akan ditambah EM iaitu effective microorganisme untuk meningkat mutu dan khasiatnya.

Keperluan Tinggi

Kompos baja kami sesuai untuk semua jenis penanaman seperti kelapa sawit, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, gaharu, halia, pokok dan sebagainya. Pengeluaran kami setiap bulan adalah 2000 metrik tan bagi memuaskan pasaran di seluruh semenanjung Malaysia dan juga akan mengembangkan hingga ke antarabangsa.

Galeri

Kebun yang guna Baja Algromed Plus

Kebaikan Baja Kami

Baja Kompos Tahi Ayam

Hasil Meningkat

Ia sesuai untuk pelbagai jenis pertanian dan perladangan. Kesan mulanya perlahan, tapi semakin guna, hasil akan semakin meningkat. Inilah perbezaan daripada penggunaan baja kimia.

Pemulihan Tanah

Salah satu fungsi baja organik ini adalah menambahkan bahan organik ke dalam tanah. Ini bukan sahaja memulihkan tanah malah meningkatkan khasiat yang sepatutnya ada dalam tanah secara semula jadi.

Kesuburan Tanaman

Diproses dan dikomposkan daripada tahi ayam. Apabila tahi ayam dikomposkan, ia juga meningkatkan peresapan khasiat kepada tanaman dan tanah serta menghindari daripada pelbagai penyakit.